sekolah2

sekolah2

Thursday, April 21, 2011

BANJIR LAGI DI KAMPUNG SUNGAI BERANGAN , KOTA TINGGI

Kampung Berangan , Kota Tinggi sering  dilanda    banjir kilat apatah lagi apabila berlakunya hujan lebat bersama air pasang besar di sungai kota tinggi
Rumah Puan Latifah sentiasa digenangi air bajir hingga beberapa hari walaupun hujan sudah berhenti semalaman. Penduduk terpaksa pindah ke Balai Raya yang dijadikan pusat pemindahan sementara.Bagi penduduk Kampung Sungai Berangan sentiasa dalam kebimbangan apabila berlaku hujan. Kadangkala tengah malam mereka terpaksa berkemas untuk pindah.
Rumah ini ditinggalkan penghuninya kerana keletihan bersiap sedia selalu apabila hujan.

Ada sebahagian penduduk terpaksa menyewa rumah lain terutama di Kampung Sungai Tiram sejauh 15 kilometer dari kampung itu..

Dimaklumkan oleh penduduk , sepatutnya mereka telah berpindah kediaman baru yang telah dijanjikan oleh kerajaan semasa peristiwa banjir besar pada tahun 2006. Majlis pecah tanah untuk tapak kediaman baru mereka telah di lakukan oleh PM sendiri Tapi malangnya kerja2 membina kediaman baru mereka tidak dilaksanakan hingga kini. .