sekolah2

sekolah2

Friday, August 14, 2009

PUISI:WABAK MENULAR BANGSA

Wabak bencana . gempa gelita,
H1N1 Selsema burung apa jua wabak
bangsaku bersatu satu malaysia diikat erat
dengan cekal menempuh badai
nyawa dan hiba galang gantinya

wabak menular bangsa
tanpa segan silu betelanjang di tengah iman
tanpa rasa insan merobek nyawa dengan paksa insan pilihan Tuhan
tanpa takwa mendakwa nafsu nista serba boleh
tanpa malu membuka pekong di dada sendiri tatapan umum mendabek dada
tanpa insaf gelora berahi jadi banggaan
anak haram bak cendawan tumbuh selepas rahmat hujan dari Tuhan
bayi tanpa dosa putih bak salju dibunuh dibuang bagai boneka usang
tanpa ikhlas bertelagah bertegang urat kerana agama suciku
umat keliru yang mana Haq yang mana bathil
hukum dibolehkan mengikut kepentingan peribadi
penyelewengan korupsi punca kehidupan
akhlak mulia tiada lagi maki hamun jadi keadaban
tipu dusta mainan kata kebenaran dalam kegelapan
mahu kaya tanpa usaha perjudian along dalam genggaman
fitnah umpat setiap pertemuan
permusuhan sengaja dicari persahabatan terlerai longlai

basmilah wabak ini
agama AKAN teguh dihati penuh keikhlasan
bangsa AKAN cemerlang ,gemilang dan terbilang
Satu Malaysia digenggam erat merealisasikan Wawasan 2020
tanah air AKAN makmur sentosa dalam kuntuman muhibbah

No comments: